Sejarah Sekolah
SMK Lubok China ditubuhkan pada tahun 1973 atas usaha YAB Datuk Hj. Abdul Ghani bin Ali (Ketua Menteri Melaka). Selama setahun sekolah ini menumpang di SK Teluk Berembang, Lubok China sementara bangunan SMKLC dibina.pada awal tahun 1974, dua buah bangunan dua tingkat siap dibina dan pelajar-pelajar berpindah ke bangunan ini dari SKTB. Ketika itu terdapat 166 orang pelajar dan 6 orang guru yang dipimpin oleh Pengetua pertama, Tn Hj. Hashim bin Mohamad.
Tahun 1976, sebuah bangunan tiga tingkat dibina untuk menampung pertambahan pelajar. Pada bulan November 1979, surau dibina dan ia diperbesarkan dalam tahun 1997 hasil daripada sumbangan orang ramai. Surau ini dirasmikan oleh YB En. Abd. Rahim bin Tamby Chik, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 19 September 1981.
Pada tahun 1980, Hj. Mohammad Yunus menjadi pengetua kedua sehingga tahun 1988, dan diikuti oleh Hj. Zainen bin Mohamad sehingga tahun 1991. Pengetua keempat, kemudiannya disandang oleh Tn. Hj. Abd Malik bin Ahmad sehingga Jun 2001.
Sempena sambutan dua dekad pada tahun 1994, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abd Rahim Tambychik, Ketua Menteri Melaka pada 2.1.1993. Pada tahun 1989, sebuah padang serbaguna telah dibina untuk menampung keperluan pelajar dalam bidang kokurikulum. Padang ini terpaksa dirobohkan kerana memberi laluan kepada pembinaan dewan yang bernilai melebihi 1 juta pada tahun 1993.
Untuk kemudahan pelajar dalam bidang teknikal sebuah bangunan makmal kemahiran hidup dibina pada tahun 1993. Pada tahun 1994, rumah guru telah dibina mengandungi empat pintu. Ini dapat menyelesaikan masalah kepada guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Pada tahun 1996, kantin SMKLC telah diperbesarkan untuk memudahkan pelajar dan guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Pada tahun 1997 Bilik Guru telah dinaik taraf.
Pada tahun 1999, sebuah bangunan Makmal Sains dua tingkat telah dibina untuk menampung pelajar-pelajar Sains yang bertambah di sekolah ini. Pada tahun 2001, sebuah bangunan Makmal Komputer telah didirikan untuk pelajar IT.
Dalam bidang kurikulum, sekolah ini telah memulakan aliran sains pada tahun 1996 dengan pelajar seramai 24 orang. Pada tahun 1998 pula, kelas tingkatan 6 rendah diwujudkan dengan pelajar seramai 18 orang.
Pada Jun 2001, Pengetua kelima, Tn. Hj. Hashim bin Khamis telah melaporkan diri untuk menerajui sekolah sehingga Oktober 2002. Sementara menunggu perlantikan pengetua ke 6, GPK 1 ketika itu En. Jamaludin bin Abdul Jalil telah memangku jawatan tersebut sehingga Jun 2003 apabila Tn. Hj. Baharudin bin Borhan menjawat jawatan tersebut. Beliau memegang jawatan pengetua SMKLC sehingga Disember 2003.
Pertumbuhan infrastruktur sekolah ini terus meningkat apabila sebuah kompleks asrama dibina pada tahun 2002 dengan nilai melebihi RM8 juta. Asrama ini dapat menampung seramai 400 orang dalam satu-satu masa. Ambilan sulung penghuni asrama telah dilaksanakan pada awal sesi persekolahan 2004. Di samping itu sebuah bangunan telah dibina pada tahun 2003 bernilai RM50 ribu untuk keperluan pelajar-pelajar dalam urusan Pendidikan Khas yang baru diwujudkan pada tahun tersebut. Seramai 7 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti jurusan ini pada tahun 2003.
Pn. Hjh. Aminah binti Hassan menyambung tugas sebagai pengetua ketujuh mulai Januari 2004. Makmal ICT (Siber) yang baru telah diserahkan oleh Kemeterian Pendidikan pada awal tahun 2004 dan mula beroperasi dalam tahun yang sama. Selepas pn. Hjh. Aminah binti Hassan, Pn. Hjh. Nubah binti Aton menyambung tugas sebagai pengetua yang kelapan melai Januari 2005 hingga 15 Februari 2006. Tn. Hj. Kassim bin Mohamad mengambil alih tugas sebagai pengetua SMKLC bermula 16 Februari 2006 sehingga 31 Mei 2007. Belum pun setahun mengambil alih tugas sebagai pengetua, sebuah Anjung Bestari telah dapat dibina.
“Sekali air bah, sekali pasir berubah.” Begitu juga dengan pengurusan di sekolah ini. Mulai 1 Jun 2007 Tn. Hj. Ab Lazis bin Jaafar telah dilantik menjadi Pengetua sekolah ini sehinggalah 1.2.2012. Di bawah pengurusan beliau pembangunan infrastruktur turut berkembang lagi. Mulai Ogos 2008, blok perpustakan telah siap dibina. Kemudian pada tahun 2009 bangunan koperasi tambahan telah dibina termasuk koperasi cawangan di asrama. Pada tahun 2010 pula surau baru pula dibina dan mula digunakan pada 6 Januari 2011.
Tuan Hj. Abdul Lazis dinaikan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah. Jawatan beliau dipangku oleh En. Mukhtar bin L. Salleh, GPK Pentadbiran SMK Lubok China sehinggalah Pengetua baru, Pn Hjh Jamilah bt Yusoh tiba pada 1 April, 2012. Semoga di bawah pengurusan beliau SMKLC terus melangkah dengan perkasa seiring dengan sekolah-sekolah ternama di negeri Melaka mahupun di Malaysia.