Dasar Unit Kurikulum
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar
di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
status sekolah ini yang melaksanakan Kelas Rancangan Khas Agama, Kelas Rancangan
Khas dan Kelas Aliran Perdana. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan
kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1 menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2 memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3 memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.
3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
3.4 Pada sebilang masa,
program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik
bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan
keutamaan.
4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 3 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 3 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat/Notis/Memo diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
5.0 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha
5.2 Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Ketua Bidang di Pejabat.
5.3 Jumlah fail – 5
6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
KELAS |
MATA PELAJARAN |
||
Menengah Rendah (Tingkatan 1-3) |
|||
Aliran Biasa |
8 mata pelajaran |
||
Aliran Agama |
9 mata pelajaran termasuk Bahasa Arab Tinggi |
||
Menengah Atas (Tingkatan 4&5) |
|||
TINGKATAN |
TERAS |
ELEKTIF |
|
4 RKA & 5 RKA |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Sains (Pelajar Ambil Perakaunan) |
Matematik Tambahan Fizik/Ekonomi Asas Biologi/Prinsip Akaun Kimia Pend. Quran &Sunnah Syariah Islamiah Bahasa Arab Tinggi |
|
4 ST & 5 ST
|
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam |
Matematik Tambahan Biologi Kimia Fizik |
|
4 SI (1) & 5 SI (1) |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam Sains |
Matematik Tambahan Prinsip Akaun Perdagangan |
|
4 SI (2) |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam Sains |
Perdagangan ERT/Reka Cipta PSV |
|
5 SI (2) |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam Sains |
Perdagangan ERT/Sains Pertanian PSV |
|
4 KM1 & 5 KM1 |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam Sains |
Ekonomi Asas Reka Cipta/Produksi Multimedia PSV |
|
4 KM2 & 5 KM2 |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam Sains |
Tasawwur Perdagangan PSV |
|
PRA-U |
|||
6 Bawah & 6 Atas |
Pengajian Am Bahasa Malaysia Sejarah Ekonomi Pendidikan Seni Muet |
||
7.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
7.1 Tiada syarat kemasukan ke SMK Lubok China.
7.2 Kemasukan ke kelas Rancangan Khas ditentukan oleh Jabatan Pelajaran
Melaka. Kemasukannya sekurang-kurangnya 3A 2B .
7.3 Kemasukan ke kelas Rancangan Khas Agama ditentukan oleh Sektor
Pendidikan Islam. Pihak sekolah hanya menerima penempatan yang
ditetapkan.
7.4 Kemasukan ke tingkatan 6 diurus oleh Unit Menengah, JPN.
7.5 Syarat kemasukan dilonggarkan sekiranya terdapat kekosongan.
8.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1 Sukatan
Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.2. Salinan Panitia untuk setiap Tingkatan disimpan dalam Fail Panitia
8.3. Rancangan Pelajaran Harian
mengandungi 5 perkara asas :-
i) Tajuk/Isi Pelajaran
ii) Objektif
iii) Aktiviti
iv) KBKK
v) Refleksi
8.4 Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan.( tertakluk kepada perubahan)
8.5 Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.6 Menghabiskan Sukatan ;
i) Tingkatan 3 – Sukatan dihabiskan pada bulan Julai
ii) Tingkatan 5 & 6 Atas – Sukatan dihabiskan pada bulan Ogos
iii) Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Rendah dihabiskan pada bulan Oktober.
8.7 Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran hendaklah kepada student
centered
/berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti
P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf.
9.0 JADUAL WAKTU
9.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
9.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
9.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen
dan kepakaran guru.
9.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 25 waktu seminggu.
10.0 GURU GANTI
10.1 Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Pengetua, PKP, dan Penyelaras Jadual Waktu serta mencatat pada papan notis dan Fail Pergerakan Staf.
10.2 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal
digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
10.3 Mencari pengganti terlebih dahulu
10.4 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
10.5 Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
10.6 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual
Waktu
11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
a. Isnin - 7.25 – 2.40 petang ,
b. Selasa 7.40 – 2.00 petang
c. Rabu 7.40 – 2.00 petang
d. Khamis 7.40 - 2.00 petang
e. Jumaat 7.25 -12.00 thari .
* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa.
12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1 Peperiksaan Pertengahan Penggal - 2 kali setahun
12.2 Peperiksaan Penggal - 2 kali setahun
12.3 Dasar Peratusan Markah Untuk
Tingkatan 3
12.3.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
12.3.2 Pentaksiran bagi Tingkatan 1, 2, dan 3 berasaskan Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS)
12.3.3 Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan kepada murid Tingkatan 1,2, dan 3 selain PBS.
12.4 Format Peperiksaan
12.4.1 Ujian topikal - mengikut kesesuaian Subjek.
12.4.2 Peperiksaan Penggal
12.4.2.1. Masa mengikut Kertas
Sebenar Peperiksaan Awam
12.4.2.2. Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
12.4.2.3. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan
Sebenar
12.4.3 Tingkatan 1, 2, dan 6 berasaskan PBS
12.5 Jadual Pengawasan
12.5.1 Ujian diadakan serentak selama 2 minggu bagi Kelas Tingkatan 4 & 5
manakala kelas Tingkatan 1, dan 2 dan 6 Atas selama seminggu
secara PBS.
12.5.2 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi
12.5.3 Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.
12.6 Rekod Markah
Markah Peperiksaan dimasukkan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
dan buku laporan murid ditandatangani oleh ibu bapa.
12.7 Jadual Spesifikasi Ujian
12.7.1 Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta
menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar cemerlang.
12.7.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian
berikutnya.
12.7.3 Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas
ujian / peperiksaan.
12.7.4 Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / guru Kanan atau
Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.
12.8 Post mortem Untuk Peperiksaan
12.8.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali
keputusan peperiksaan PBSMR dan SPM dan Peperiksaan Dalaman dikeluarkan.
12.8.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
12.8.3. Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk
diambil tindakan sewajarnya.
12.8.4. Maklumat
terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling
12.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
12.9.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS sama ada di Peringkat Menengah Rendah dan Atas mengikut tempoh yang ditetapkan.
12.9.2. Mana-mana
murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelak
masalah di sekolah baru murid berkenaan.
13.0 PEMANTAUAN
13.1 Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap sekali dalam setahun secara rasmi.
13.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
13.1.3 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
13.1.4 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing.
13.1.5 Semua Penolong
Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.
13.2 Pengurusan Panitia
13.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran berkenaan.
13.2.2 Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun
13.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di bahagian belakang Guru Kanan masing-masing.
13.2.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
13.2.6 Guru-guru
Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2 Jawatankuasa
Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas
tahunan.
13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2 Penyeliaan
adalah seperti berikut ;
Bilik Mesyuarat
Perpustakaan
Bilik Perkembangan Staf
Stor-stor yang telah dikhaskan
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Setiausaha Peperiksaan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel jahitan /Masakan
Bengkel Kayu
Makmal Sains
Bilik Disiplin
Bilik Warden
Bilik Sakit
Bilik Gerakan
13.4.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti diwujudkan
13.4.4 Keselamatan
bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada sebilang masa.
13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1 Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik
13.5.1.1 Pengetua
13.5.1.2 Penolong Kanan Pentadbiran
13.5.1.3 Penolong Kanan Tingkatan 6
13.5.1.4 Penolong Kanan HEM
13.5.1.5 Penolong Kanan Kokurikulum
13.5.1.6 Guru-guru
Kanan
13.6. Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari
setiap kelas yang diajar untuk semakan Ketua Panitia
13.6.3 Semua Ketua Panitia akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada Guru kanan Bidang
13.6.4 Semua Ketua Bidang akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran
13.6.5 Semua Penolong Kanan akan menyerahkan 10 buah buku kepada Pengetua untuk semakan.
13.6.6 Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
13.6.7 Pengetua dan
Penolong Kanan Pentadbiran memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Kanan dan
Panitia.
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan Bidang.
14.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi kegunaan awal tahun.
14.4 Bajet
hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.
15.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
15.2 Komponen Sastera dalam bahasa Melayu hendaklah diliputi semua pengajarannya dalam kelas.
15.3 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.4 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
15.5 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
15.6 Waktu ketiadaan guru-guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video yang telah dirakam oleh guru PSS.
15.7 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa.
15.8 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi 3 bahasa.
15.9 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
15.10 Buku-buku
rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
16.1 Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan panitia.
16.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
16.3 Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
16.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan.
16.5 Penglibatan
HEM, Kaunseling dan Warden Asrama adalah wajib bagi penyelarasan Program
Akademik.
17.0 PERKEMBANGAN STAF
17.1 Kursus Dalaman
17.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas kepada Pengetua /Penolong Kanan Pentadbiran apabila
pulang berkursus menggunakan format minit curai.
17.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan danbudi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila
dirasakan perlu atau atas arahan
penganjur kursus.
17.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain.
17.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
17.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus
dalam LNPT guru.
17.2.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang
kecil untuk mendapatkan maklumat dan
perkongsian pintar.
17.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia.
17.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
17.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain
17.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia
18.0 KAJIAN TINDAKAN
18.1 Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
18.2 Kajian tindakan yang
berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
19.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P&P DAN PEPERIKSAAN
19.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10 Times New Roman, set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5.
19.2 Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
19.3 100 helai ke atas direzo - tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya.
19.4 Guru dilarang mencetak atau
fotostat sendiri di bilik cetak.
20.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
20.1 STPM - Semua murid lulus setiap subjek (memperoleh Prinsipal)
20.2 SPM - Semua murid lulus semua subjek.
20.3 PBSMR – Sekurang-kurangnya Band 3 bagi semua Subjek
20.4 Peperiksaan Dalaman – semua
murid lulus setiap subjek.
21.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
21.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan, mahupun antarabangsa.
21.2 Guru-guru dan murid juga
digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh
agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
22.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
22.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara .
22.2 Perubahan boleh dilakukan dari
semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan
mesyuarat kurikulum.